PELEPASAN TAKSIRAN CUKAI MELALUI SIMPAN SSPN PRIME
Kelayakan Pelepasan Taksiran Cukai

 

Ibubapa dan ibubapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SImpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
 
 
Ibubapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun Simpan SSPN Prime berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00/pendeposit setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa masing-masing.
 
 

Ibubapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan Simpan SSPN Prime berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan

 

Anak(penerima manfaat) mestilah berumur tidak melebihi 29 tahun pada tahun taksiran cukai.


Penting : Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai !

Maklumat Tambahan :

Amaun layak pelepasan cukai adalah Simpanan Bersih Tahun Semasa

Amaun layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa = (Amaun deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa)

Contohnya:

Encik Ali membuka akaun Simpan SSPN Prime (Jenis akaun: Akaun Untuk Anak Sendiri) pada Bulan Disember 2019 dengan deposit RM8,000 tanpa melakukan sebarang pengeluaran sehingga 31/12/2019.

Pada bulan Feb 2020 , Encik Ali telah mengeluarkan RM4,000 dari akaun SSPN-i beliau. Semasa proses e-Filling LHDNM pada April 2020 , Encik Ali masih layak menuntut pelepasan Taksiran Cukai 2019 maksimum RM8,000.

Pada Bulan Oktober 2020, beliau menambahkan simpanan SSPN beliau sebanyak RM8,000.

Adakah Encik Ali layak mendapat pelepasan cukai maksimum RM8,000 untuk tahun 2020?

Jawapannya:  Tidak, En Ali hanya layak mendapat pelepasan taksiran cukai SSPN sebanyak RM4,000 sahaja berdasarkan kiraan dibawah.

(Amaun deposit Dibuat Dalam Tahun Semasa) – (Amaun Pengeluaran Dalam Tahun Semasa) = Amaun layak Pelepasan Cukai Tahun Semasa

RM8,000.00 – RM4,000.00 = RM4,000

Encik Ali perlu memasukkan semula amaun yang dikeluarkan pada tahun 2020 iaitu RM4,000.00 dan kemudian membuat penambahan simpanan RM8,000 untuk layak pelepasan cukai SSPN maksimum RM8,000.

 

kiraan cukai